Followers

TAJUK

KUMPULAN 9

SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK  

Posted by: Ranau-3SKW

SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

1. SUMBER ELEKTRIK

Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kemagenatan, tindakan kimia dan cahaya.

A. Kemagnetan sebagai sumber elektrik

Kemagnetan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar.

 Dinamo
Dinamo terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu magnet kekal, Teras besi, dan gegelung wayar. Gegelung wayar diperbuat daripada  lilitan kuprum. Dinamo dikendalikan atas perinsip aruhan magnet.

Turbin
Turbin adalah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin. Ia disambungkan kepada gandar yang disambungkan kepada penjana yang akan berputar dan menghasilkan kuasa elektrik.


B. Tindakan kimia sebagai Sumber Elektrik
Tindakan kimia juga boleh digunakan untuk menghasilkan arus elektrik

Sel Kering
Voltan yang dihasilkan oelh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Karbon yang berada di tengah-tengah bertindak sebagai punca positif. Campuran ammonium klorida dan mangan bertindak sebagai elektrolit Dan bekas zink bertindak sebagai punca negatif. Ia tidak boleh dicas semula.

Sel Basah
Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod nagetif dan asid sulfurik cari sbagai elektrolitnya.

C. Cahaya sebagai sumber elektrik
Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat Ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk kamera.

 2. KEGUNAAN ELEKTRIK
Tenaga elektrik digunakan di dalm alat-alat elektrik. Alat-alat elektrik ini dapat menukarkan tenaga elektrik Kepada tenaga lain seperti tenaga cahaya, haba, kinetik dan bunyi.

A. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan haba
Pekakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas yang diperbuat dari aloi nikel dan kromium. Contoh, cerek, periuk nasi dll.

B. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik
Alat-alat elektrik yang digunakan untuk menukrrkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin basuh mesin gerudi dll. Ini semua berasaskan motor elektrik.

C. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan Cahaya
Lampu ialah alat elektrik yang dapat menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. Lampu pijar menggunakan filamen manakala lampu pendarflour menggunakan gas argon dan merkuri untuk menghasilkan tenaga cahaya.

D. Kegunaan Elektrik untuk menghasilkan Bunyi
Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi. Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga Elektrik kepada tenaga bunyi adalah seperti televisyen, telefon, pembesar suara dan radio.

This entry was posted on 07:52 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

Tinkerbell Glitter